Tuesday, November 28, 2006

Pada suatu hari, ada seorang lelaki bernama Ahmad tinggal disebuah kampong bernama kan Kampong Ubi Pucuk Mati Kene Telan Godzilla. Ahmad nie orang nye rajin sangat. Sampaikan makan minum pon tak dipedulikannya kalau tengah bekerja. Kalau dia tak keje pon begitu jugak. Ape tak nya. Tido memanjang kalau dia tak keje.
Pekerjaan si Ahmad ape lagik. Kalau dah tinggal kampong keje pekebun lah. Dari ubi ke jagung ke strawberi ke lemang, ke ketupat. Semua bendalah dia buat cucuk tanam. Nanti kalau dah banyak hasil buahnya, dia jualkan kat pasar. Orang tertentu ajek yang beli dari nya walaupon cucuk tanam dia lebih banyak dari pekebun pekebun lain.
Maksud orang tertentu itu ialah orang yang sudah kenal lama dengannya. Ape tak nya, si Ahmad nie orang nyer hitam habes nya. Ngalahkan kaler pada waktu malam. Senang kata waktu malam tak nampak lah si Ahmad nie ape lagik kalau main sembunyi sembunyi pada waktu malam dengan Ahmad. Sudah tentu Ahmad menjadi juara berganda.
Dah lah gelap satu hal. Busuk pulak tuh bau badan si Ahmad. Kalau Ahmad berdiri kat tempat pembuangan sampah tuh kirakan bagai pinang dibelah dua. Orang yang lalu passby dia gerenti tutup hidung. Ada kala nya orang kampong mengutuk dia sepuas puas hati dorang. Ahmad sebagai manusia seperti kita juga ada perasaan.
Pada suatu hari, setelah Ahmad naik bosan dengan cercaan orang kampong, beliau nekad untuk tinggalkan kampong tersebot dan berpindah ke Bandar. Boleh dia carik keje tetap dan eksen dengan orang kampong bila dia dah kaya nanti. Dia pon memasukkan baju baju nya ke dalam beg besar untuk dibawa sama.
Sampai saja di perhentian bas, beliau menahan bas.
"Awak nak gi mana nie?"
"Saya nak naik bas awak gi ke Bandar."
"Kau nak naik bas aku? Kau nampak lembu kat sawah padi tuh? Belom tentu dia nak kasi kau naik dia jalan jalan pergi Australia kau tau tak. Dahlah hitam. Busuk pulak tuh. Pergi kau dari sini."Betapa sedih nya hati si Ahmad. Bas itu pun lalu dengan laju sampaikan ter'wheelie' jap bas tuh. Ahmad menitiskan air mata nya. Kalau ikotkan hatinya, nak aja dia jalan kaki ke bandar. Beliau fikir fikir balik mau tercabot kaki dia bila dah sampai nanti. Dahlah busuk, hitam, kaki tercabot pulak tuh. Makin terok dikutuk nanti.
Kini Ahmad tak mau ke Bandar. Beliau pulang ke rumahnya. Dia menangis teresak esak di belakang ais bok nya. Dia fikir kan ape lah nasibnya yang malang ni. Dahlah dikutuk orang kampong, nie drebar bas pon kutuk dia. Pernah jugak beliau di'flying-kick' oleh Hawa, anak Tok Penghulu, pasal beliau minat sangat dengan Hawa.
Kalau flashback balik jalan cerita dia, Ahmad tengah menanam jagung bila dia ternampak Hawa sedang berjalan terkedek kedek. Beliau pon ape lagik cuba mendekati nya. Belom sempat dia kata
"Hi!" Hawa dah lompat lalu menendang dahi Ahmad sekuat hatinya sehingga selipar Hawa termasuk lubang hidung Ahmad secara tidak sengaja.
Sejak peristiwa itu, Ahmad kerap bersendiriran. Selipar Hawa yang terselit kat lubang hidungnya tuh disimpan didalam peti rumah nya. Kadang kala selipar itu beliau ambil dan hidu bauan kaki Hawa. Ahmad sampai skarang tidak tahu hal bahawa Hawa pernah terkincit diseliparnya itu. Kepada Ahmad, bau di selipar Hawa amat menenangkan hati nya.
Berbalik pada realiti, Ahmad menangis lalu tertido. Dalam tido nya itu beliau berdengkur. Dalam dengkuran nya itu, beliau bermimpi. Dalam mimpinya itu terdapat seorang lelaki tua berjanggut panjang hingga ke paras lutut yang berwarna putih datang mendekati beliau. Hati Ahmad berdebar laju seperti enjin motorboat.
Didalam mimpinya itu Ahmad berpeluh peluh pasal ketakutan. Orang tua itu datang makin dekat dengan beliau. Tangan kanannya yang dalam kocek baju putihnya itu perlahan lahan beliau keluarkan. Terdapat kotak kecil ditangannya. Beliau menghulurkan kepada Ahmad. Ahmad terketar ketar untuk mengambilnya.
Orang tua it upon berkata:
"Ambillah barang ini dan pakaikannya ketika kau mandi besok."Lalu dengan perlahaan lahan orang tua itu ghaib. Ahmad tersadar. Badannya berpeluh peluh seperti baru berlari marathon dengan Michael Jackson. Beliau teringat mimpinya. Ape kah betol ke tidak. Ahmad meraba dilantai terdapat sebuah kotak kecil. Beliau teringat akan mimpinya itu. Beliau berasa amat takot.
Beliau membawa kotak itu ke kamar mandi. Dibukanya perlahan lahan. Terdapat barang seperti batu kerasnya berwarna kehijau hijauan. Ape kah harus beliau buat dengan barangan seperti batu itu. Beliau teringat akan kata kata orang tua didalam mimpinya itu. Beliau pon bermandi dengan batu tersebot.
Beliau pon keluar dari kamar mandi untuk pakai baju. Beliau seperti biasa mengambil cangkul untuk ke sawah. Ketika beliau berjalan ke sawah, beliau ternampak Hawa dari jauh. Beliau cuba melarikan diri tetapi Hawa terlihat beliau. Tapi anehnya, Hawa memanggil Ahmad.
"Awak! Awak!"Ahmad yang baru hendak melarikan diri it pon berhenti secara mendadak. Hawa berlari ke Ahmad. Dalam fikiran Ahmad mesti kene rembat lagik dengan Hawa. Tetapi Ahmad rela di'body-slam' oleh Hawa. Anehnya lagik Hawa berhenti betol betol dihadapan Ahmad.
"Ermm...Awak nie orang baru kat kampong nie eh?"
"Tidaklah. Saya Ahmad."
"Ah! Jangan bohong. Kau bukan Ahmad yang orang hina hina itu."
"Iye! Saya Ahmad. Tak percaya ini buktinya."
Ahmad pon menyelakkan kain yang beliau pakai dipinggang lalu menyeluk pocket jeans nya dibelakang. Beliau mengeluarkan IC nya lalu dihulurkan kepada Hawa. Hawa yang melihat IC nya itu jelas bahawa lelaki dihadapannya itu ada lah Ahmad.
"Ahmad?? Bagaimana you boleh putih dan kacak seperti gini? Sedap aku bau badan you. I loike..."
Ahmad pon menceritakan kepada Hawa dan sah. Ahmad sebenarnya dah lama tidak mandi dari sejak umur dia 12 tahun lagik. Skarang beliau sudah berumur 26 tahun. Batu kehijau hijauan yang diberinya ketika dalam mimpi itu ialah sabun Dettol. Kini Hawa menerima pinangan Ahmad dan 2 bulan kemudian beliau pon berkahwin. Happy ending story.
Quote of the day:Hari hari mandi pagi,
Jadi badan tak busuk!p/s: this post is my 400th entry! yeah! celebrate it's anniversary!!
7:48 PM