Thursday, November 16, 2006

Nari selenge aku sampai lagik. At first aku masuk ofis aku tengok meja aku berselerak skit. Ada botol air tinggal setengah kat tengah tengah meja aku. Sapa ntah dah duduk kat meja aku semalam selepas aku balik.
Kat blakang kerusi computer aku lak ada beberapa paket keropok ngan mi segera. Nie gerenti ada orang camping kat tempat aku nie. Takda lak fire starter ke tent. Aku pon kemas skit meja aku tuh pas tuh On computer aku.
Tak sampai 5 minit telephone ofis aku berdering dengan tanpa segan silu mahupon tak tahu malu:
"Ju eh? Nie aku lah Hussaini. Kau tolong aku printkan daily returns pas tuh letak atas meja aku. Aku lom sampai ofis nie."
Ewah ewah! Lom sampai keje dah perintah aku buat keje lak nie. Aku pon printkan ape yang dia suruh. Aku retrieve document tersebot kat e-mail. Aku masukkan paper kat printer den aku print out.
Aku tunggu. Takda effect ape ape pon. Apsal tak berbunyi printer nie. Paper dah ada. Alamak! Printer takda lampu lah pulak. Aku tertonggeng tonggeng bawah meja check cable ngan power supply. Semua ok.
Aku cabot plug printer masukkan kat socket lain. Still tak On. Macam mana nie. Nak kene print lagik. Dahlah hari hari keje aku kene pakai printer. Kalau rosak leceh ah gini keje nak jalan. Lagik hari hari lak nie nak kene print out document.
Aku terpaksa pakai computer member aku. Dia lak kat Shangri-La ada apa event lak. Dia kene gi. Aku SMS dia tanya usernam ngan password dia. Dah tuh dia reply, ape lagik, aku dengan lincah kadok mahupon lincah monyet terkencit, aku log in pas tuh print out pakai printer dia.
Dah print out aku terus letak kat meja Hussaini. Masuk ofis dia aku nampak dia tengah tercongok depan computer. Aikz! Kata lom sampai. Maknanya aku amek masa yang lama untuk print kan document tuh.
Dah tuh aku patah balik ofis aku. Fikiran pasal printer aku tuh. Aku kol up computer department bilang masalah aku. Dorang kata nanti dia hantar orang untuk tengok kan printer aku tuh.
Ada ke hantar orang untuk tenggokkan ajek. Aku pon leh buat. Stakat tenggokkan ajek. Hantar lah orang untuk repair ke tukar baru ke. Baru gerek skit. Sementara dorang antar orang untuk tenggokkan, aku pon godeh godeh printer aku tuh.
Wire printer aku cabot check cable dia. Takda pape. Ok ajek. Aku pon pusingkan printer tersebot. Ape tak terkejot aku dibuatnya. Rupa rupanya kat sebelah tepi printer tuh ada On/Off button. Patotlah dari tadik takda lampu.
Aku dengan pantas aku kol computer department tadik kata aku dah solve problem printer aku tuh. Aku bilang dorang yang wire dia longgar. Aku dah masukkan betol betol. Fuh! Nasib baik. Kalau tak orang yang dihantar tuh mesti kekek kan aku puas puas sampai tergolek golek dari tingkat tiga ofis aku nie sampai bus stop kat luar.
Tadi kirakan baru 1st half of the day lah. Nie skarang the second half. Dari selepas lunch aku tak buat ape ape. Punyalah boring. Dari after lunch kirakan aku duduk baca majalah dalam ofis. Majalah pasal polis lah pulak tuh.
Lain kali aku nak bawak majalah dari rumah ah. Time time boring macam gini sepatonya ada majalah majalah untuk menggembirakan aku. Naik penat sak duduk kat kerusi computer nie. Mahu order katil King Koil skali gini macam.
Start from tomorrow onwards aku kene print out kan orang besar nie documents. Everyday chores ah tuh kirakan. At least something to do jugaklah kan. Dari takda terus. Nak kene buat keje pelan pelan. Lincah lincah nanti takda benda nak buat lagik.
Tadik aku masuk store nak carik file untuk nanti nak masukkan document document yang dah print out untuk orang besar tuh. Store tahulah kan macam mana. Berselerak. Takkan aku nak kemas lak kan. Bukan keje aku.
Aku pon bongkar lah store tersebot. Terjumpalah aku sebuah guitar kapok. Ape lagik. Aku testing ah skit. Ok ah. Tune semua tak lari. Tapi dah berhabuk. Jamming aku sorang sorang dalam store. Pas tuh continue bongkar store carik file.
Bila dah jumpa tuh aku letak file tuh satu side. Pas tuh aku continue jamming sorang sorang lagik. Korang yang ada guitar kat rumah tuh rajin rajin lah jamming dengan guitar anda kat dalam store. Feeling geng.
Quote of the day:Makan nasi dalam pinggan, berlaukan asam pedas.Kalau asam pedas sangat, lain kali masak tak mau pedas pedas.
10:46 PM