Friday, November 17, 2006

Nari pagi pagi dah print document document yang dorang nak. Kirakan oklah. Ada jugak daily task. Takda rasa tunggu macam buah tak jatoh. Depan ah ape buah yang jatoh. Kalau buah yang 'tu' jatoh, mesti aku terpekik lalu nangis kuat kuat. Dah tuh lari tanpa 'buah' the whole headquarters.
Member aku yang 'mama' nie tadi rupanya baru balik. Dia kene deploy semalam pasal George W. Bush datang. Patotlah semalam terang ajek ofis nie. Kalau budak 'mama' nie datang, rasa ofis macam gelap gitu. Dia masuk pintu ajek rasa lampu cam tertutop. Gelap sangat.
Tadi pagi dia aru habes deployment. Dia tinggalkan barang barang dia kat dalam ofis. Tadi dia masuk ofis, terasa gelap skit, dah tuh dia amek beg balik. Kesian dia. Mau dia balik negeri. Ape tak nya. Parents dia kat negeri India. Dia lak kene datang balik Singapore kene serve NS dia. Kirakan terpaksa ah tuh.
Alah. Senang kata sapa yang nak NS. Kene paksa jugak serve NS. Jadik habis kan lekas lekas pas tuh blah dari sini pon baik. Yang si budak 'mama' nie aku pernah tanya dia selepas NS dia balik negeri kape. Dia kata memang pon kene balik pasal parents dia kat sana, negeri India.
Aku tanya ah. Kat sana dia nak keje ape. Dia kata tak tau. Baik ah. Aku bilang dia kau balik kampong tanam kacang sudahlah. Sap! Jadi pekebun. Kirakan ok gak kape macam tuh. Ada jugak business. Farmer pon leh kaya oi. Tuh baru tanam kacang. Cuba tanam duit. Mana tahu leh grow. Dah saham naik.
Pagi nie lepak. Duduk lagik keje aku. Nak keluar gi beli Straits Times gitu. Tapi malas. Sama sapa mau layan baca Straits Times tebal tebal gitu. Tapi the English words used very powerful. Tak macam The New Paper. But I prefer reading The New Paper pasal senang nak paham skit. And news dia penuh dengan graphics while Straits Times full of words.
Plan nak bawak majalah lupa lah pulak. Kan dah boring lagik aku kat sini. Kalau tak leh baca baca majalah. Anyway, tadi ada keje nak buat. Orang besar yang mintak hole puncher skit hari yang aku kasi dia reject hole puncher tersebut. Dia nak yang ada measurement kat hole puncher tuh. Dia suruh aku carik lagik.
Alahai. Dah lah store kat atas nie takda. Kene lah aku turun store tingkat satu. Punyalah malas aku. Tapi kene jugak. Dah 3 hari dia mintak aku tak kasi kasi. At last kat store bawah ada. Selamat lah aku. Takda dia nak kacau kacau aku lagik. Leceh betol lah dekni. Kan aku pernah kata, duit tak habes kalau beli highlighter. Sama jugak kalau beli hole puncher kat kedai stationary.
Aku dengar dengar khabar angin yang orang besar nie tak ok orangnyer. Maksud aku leceh ah dengan dia. Tapi so far ok ajek dia berbual ngan aku. Senyum senyum. Dia tahu aku lagik hensem dari dia. Tuh sebab dia taknak cakap banyak. Hahaha! So far so good lah. Just wait for the moment he go bezerk.
Mendak sangat sak. Almost department aku kosong pasal semalam ramai yang deployed for the event. Yang ada dalam ofis sama macam semalam. Hussaini, aku ngan supervisor aku. Semalam dah lah supervisor aku baling siang. Lom pukul 6pm dah cabot. Aku rasa dia baca entry aku skit hari pasal balik keje kul 6pm tak.
Pukul 5:30pm dia dah balik. Siap bilang aku yang dia nak balik lak tuh. Biasalah. Tengok sapa supervisor sapa skarang. Aku kalau tak kasi mana leh dia nak balik. Aku suruh dia carikkan aku hole puncher ada gambar Mickey Mouse baru dia tahu. Carik kau seluruh Singapore nie nyer kedai Popular. Selagi tak dapat aku tak bayar gaji dia.
Back to the story, dia balik. Aku fikir selepas 5 minit gitu aku lak balik. Tapi hati rasa tak sedap. Aku macam ada rasa dia naik balik. Aku pon duduk lah dalam ofis. Sekali lamaran cuaca aku betol lah pulak. Tak sampai 10 minit dia kelua, dia naik ofis balik pasal lupa amek barang. Nasib baik aku tak cabot skali.
Jadi aku terpaksalah tinggalkan diri aku keseorangan tanpa teman dalam ofis sambil dengar lagu lagu yang dimainkan kat radio. Exactly kul 6pm terus aku cabot. Walaupon telepon aku berdering, aku buat dek ajek. Sapa mau layan orang kol aku nak kasi keje selepas kul 6pm. Aku kunci pintu terus blah. Buat bodoh suah.
Yeah! Besok Sabtu. Tak happening ke. Inilah hari yang aku tunggu tunggu kan. Takda fikir pasal kerje. Weekends coming. Enjoy your weekends and start to worry when the weekend ends and start to work like hell again.
Quote of the day:Hari Sabtu hampir sampai, Jalan jalan lah nampaknya.Kalau Sabtu tak sampai, Tak jalan jalan lah nampaknyua.
11:59 PM