nari amat memenatkan. aku stress sangat ngan keje aku. haiyak! betol nyer stress. tadi dah lah tempat keje aku nari busy. aku turun naik headquarters tu untuk despatch. cukup masa apa aku buat tuh salah. and the message given to me aku betol betol nyer tak dengar. skarang besok aku in a very deep trouble. matilah aku.
tapi bukan aku tak tunjukkan yang aku nak keje kape. aku buat keje. cuma salah ajek. kirakan ok lah tuh. berhempas pulas aku keje, dorang besok maki aku, gerenti aku terbalikkan headquarters tuh. biar dorang semua duduk kat ceiling. dah tuh computer semua aku meletopkan biar dorang surf internet pakai typewriter.
nari sehari aku tak makan pasal kat tempat keje. ape tak nyer. stress aku meluap luap. kepala otak aku macam nak pecah dibuatnya. nie besok kul 0900hrs ade lak meeting. aku kene hadir lak tuh. alamak. makin stress aku dibuatnya. haix. ada chance lah. Khamis nie aku amek MC. saja saja ajek. tanak gi keje. semoga dapat 2 hari MC biar aku cuti panjang walaupon kene duduk rumah ajek.
tapikan, tadi time aku balik keje, ada lak bunyi katak. alahai! 3 kali lak tuh. aku ada cari katak tuh kat mana. kalau aku dapat dah tentu aku tangkap. pas tuh aku masukkan dalam kuali minyak panas dan goreng. gerenti sedapnya. hahaha! EEE!!! wek!! wek!! kuat sak itu katak bunyi. macam katak pakai loudhailer. dahsyat dok bunyi!
besok kalau aku balik ada bunyi katak jugak kirakan dah tahap merbahaya ah nie. mesti gerenti katak tuh ngah beranak pinak. mesti ramai nyer. kalau 1000 katak kejar aku, mau aku tak lari kuat kuat. mesti aku lari kalahkan top speed Ferrari. mau driver Ferrari tuh turun kereta drive aku lak.
bawak kenderaan nie laju laju pon kirakan merbahaya geng. orang belakang beg leh terpelanting ah. silap silap laju sangat sampai helmet leh terpusing. dahsyat dok! tapi kalau anda lambat gi keje ke mana mana ke kirakan speed tuh oklah. tak salah. asalkan tak lambat. jangan sampai laju sangat sampai roda kenderaan anda tercabut sudahlah.
dah lama tak makan Twisties. tapikan, ada orang kata, makan Twisties nanti taik keluar pon 'twirl - twirl.' mau try jugak. tuh agaknye orang cam gitu bangsa sarapan pagi, lunch ngan dinner sebat Twisties jek tuh. tuh sebab taik dia cam gitu. makanlah Cheeseballs kape. gerenti taik anda bulat bulat. ke takda makan karipap shape triangle. sudah tentu anda tahu taik anda shape ape nanti.
Quote of the day:
Pak Ali pergi ke taman,
Pergi ke taman nak petik bunga.
Jangan gi taman nak petik bunga,
Pasal bunga tinggal sikit.
9:29 PM