Wednesday, November 22, 2006

Besok aku amek MC. Tapi tadi ada satu officer nie suruh aku datang siang besok to get ready bilik meeting. Ahakz! Siaplah besok aku pai tau orang orang nie. Gi mampos. Ape nak buat. Aku nak step sakit. Tapi besok kalau aku ngah gi amek MC tuh, aku SMS member mama aku nie untuk cover kan aku. Nasib dialah kirakan. Aku lak tak kuasa nak layan meeting meeting nie semua.
Pagi tadi datang ofis aku nak ON CPU aku. CPU aku terletak kat floor bawah meja aku. Aku tunduklah nak ON CPU aku tuh. Terpandang lah pulak paper paper dah berterabur kat atas CPU aku tuh. Paper paper yang tak pakai yang dah lama tersusun mengalahkan Gunung Kinabalu kat bawah meja aku tuh habis berterabur. Tak kasi chance langsung lak tuh. Berselerak bawah meja aku tuh.
Tak pasal pasal ada pekerjaan extra aku kene buat pagi pagi iaitu mengemas bawah meja aku tuh. Punyalah berlambak paper paper yang berterabur. Pelan pelan aku kemas. Amek masa yang lama lah sampaikan pekerjaan hari harian aku tuh tertangguh sampai dah nak kul 10am lebih baru aku buat. Hidir nie orang dia rajin tapi tempat dia nie kalahkan kandang binatang sampaikan aku sendiri rasa dah macam monyet terbiar kat sini.
Kalau aku takda nie macam mana agaknya. Habes lah tempat nie. Jadi macam tempat pembuangan sampah kat Tuas sana. Kat atas meja dia nie ada botol plastic dalam ada keropok hape ntah. Dari hari pertama aku datang tempat keje, keropok tuh gitu jugak kat atas meja dia. Nak tunggu keropok tuh keluar ulat kape baru nak buang. Aku macam nak buang ajek tapi nanti dia kata aku mandai mandai ajek buang barang dia.
Biarkan lah sampai 13th December nie. Pandai pandai lah dia gi kemas barang barang dia nie. Kecoh sangat. Tapi rajin orangnya. Agaknya orang rajin nie memang macam gini tak. Buat keje bagus tapi kemas hancur berderai. Kalau dah rajin tuh, rajin rajinkan lah diri mengemas. Baru lah bagus dari segi apa pun. Cheh! Cakap orang! Aku pon sama! Rajin mengemas tapi tak rajin nak buat keje. Hahahaha! Oklah tuh jugak kan.
Besok hopefully aku dapat MC 2 hari sampai Jumaat. Tapi kalau dapat 1 hari ajek pon kirakan oklah. Motif aku nak escape dari meeting besok. Tak suka lah aku nak amek minutes of meeting. Dah lah orang berbual ngan aku, aku tak berapa dengar. Padahal aku dengar cuma otak nie lembab skit nak process apa yang orang kata kat aku. Lembab by few seconds. Something wrong with me maybe.
Aku dengar dengar lak yang meeting nie is monthly basis nya. Takpa. Yang penting Khamis nie aku taknak datang jugak. Biar budak mama nie cover aku. Yang aku boring tak sudah sudah orang besar nie suruh aku buat keje dia. Dah tuh kenapa budak mama nie dia tak suruh. Dia pon cover kan orang besar nie nya penolong kapa. Sampaikan aku dah naik malas dah. Nie lah akibatnya kalau aku dah malas. Sabo budak mama nie besok!
Hujan per lebat tadik. Aru ingatkan aku nak kelua jap isap rokok. Hujan nya pasal aku kene lah hold up dalam ofis. Sejok giler lak tuh. Time keje nie aku usually kelua dalam kul 11am plus ngan kul 4pm plus untuk berdebus jap. Nie kirakan checking time lah tuh. Kalau dah dua kali aku kelua maknanya hari keje sehari dah nak sudah. Gitulah aku jaga time kat tempat keje aku nie.
Nari keje mendak giler. Takda pulak orang besar nie suruh aku buat keje. Kalau tak aku ajek. Baguslah jugak. Rilek skit aku. Kalau tak tak sudah sudah diperintah. Next week, Isnin, aku nak perintah dia suruh gi canteen bawah belikan aku makanan. Kalau dia taknak aku suruh dia buat push up 5000 kali. Ape aku heran.
Quote of the day:Orang cina pakai Abacus, Orang putih pakai calculator.
Orang melayu makan nasi lemak, Orang putih makan burger.
11:58 PM